Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian
Daun selasih permainan budak,
dimakan oleh si anak kuda,
cerai kasih talak tidak,
beribu tahun bertemu jugak
Salam ukhwah,
Pantun merupakan salah satu budaya melayu yang begitu kaya dengan pengajaran dan pendidikan, tidak kira dari aspek moral, fisikal, mahupun pergaulan. Sangkeng kayanya pantun dengan pengajaran, ianya telah digunakan sebagai panduan hidup sejak berzaman lamanya. hingga ke hari ini, pantun masih lagi digunakan sebagai pengajaran dan peringatan kepada anak-anak muda.
Namun begitu, dewasa ini, kita dapat lihat bahawa pantun sudah semakin jarang digunakan oleh anak-anak muda. Cuba sahaja diberi serangkap pantun pusaka kepada warga muda, mereka pasti tercengah menantikan penerangan. Ini jelas memberikan kebimbingan akan hilangnya pantun dalam masyarakat Melayu. Hilangnya pantun bererti hilanglah budaya, hilanglah pengajaran dan hilang lah panduan hidup masyarakat Melayu. Persoalaannya, apakah yang boleh dilakukan agar dapat memupuk minat anak-anak muda kepada pantun terlebih-lebih lagi pantun pusaka?
Pelbagai aktiviti dan inisiatif telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini. Contohnya, Maktab Rendah Tampines mengadakan bengkel pantun sekali setiap tahun bagi para pelajar sekolah rendah dimana para pelajar telah diajar cara-cara menulis pantun dan jenis-jenis pantun serta pantun-pantun pusaka . Ianya menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan.inisiatif seperti inilah yang akan dapat menjamin kekalnya budaya berpantun, malah juga mengembangkan budaya ini.
Selain Maktab Rendah Tampines, terdapat pelabagai organisasi lain yang juga mengadakan aktiviti bagi meningkatkan penggunaan pantun, seperti peraduan berbalas pantun yang telah diadakan oleh pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Singapura. Ianya telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan.
Untuk bulan bahasa tahun ini pula, aktiviti seperti bengkel pantun juga telah diadakan bagi warga umum. ini dapat memastikan bahawa bukan sahaja pelajar-pelajar dapat mempelajari penggunaan pantun, tetapi juga warga umum. secara keselurahan, banyak aktiviti telah dan sedang dijalankan bagi meningkatkan penggunaan pantun di kalangan masyarakat Melayu. yang tinggal kini hanyalah inisiatif setiap individu untuk terus mengekalkan dan mengembangkan budaya melayu-: pantun.
Akhir kata, aktiviti sebagai penggerak, tetapi individu yang memilih.
Ubi manis ubi keladi
Kalau ada ditambah lagi
Sekiranya umur panjang direstui
Kita pasti berjumpa lagi
No comments:
Post a Comment