Ibu: Bang, awak tu, dah dapat duit pencen, boleh lar..
Anak: Ayah da dapat duit pencen??
Ibu: Ewah-ewah budak ni.. jangan menyampuk kata-kata orang tua boleh tak??
Seringkali kita mendengar kata-kata ini diantara ibu dan anak. Ini kerana, anak-anak pada zaman kini merupakan anak-anak 'pengejar masa', yang tidak sabar menunggu dan ingin terus menyatakan pendapat masing-masing. Memang tidak salah untuk setiap individu itu meluahkan pendapat masing-masing, tetapi adalah seeloknya pendapat tersebut diiberika pada kala dan desa yang sesuai. Persoalannya, mengapakah semakin hari, dapat dilihat bahawa anak-anak muda semakin tidak menjaga tutur kata masing-masing?
Antara budaya melayu yang begitu indah adalah sopan santun ketika berbicara, tidak kira dengan siapa pun. Dan antara cara-cara untuk bersopan santun ketika bertutur adalah dengan menunggu 'giliran' untuk berbual dan untuk tidak menyampuk kata-kata orang yang sedng berbual. Ini merupakan satu budaya melayu yang sangat indah kerana secara tidak langsung ianya mendidik kita untuk tidak sahaja bersopan santun tetapi juga saling menghormati sesama sendiri.
Namun sayangnya, budaya yang begitu indah tidak diterapkan dalam diri anak-anak muda kita sejak kecil. Ini menyebabkan hilangnya rasa penting dalam diri anak-anak muda untuk menaplikasikan budaya tersebut, maka dengan itu, secara perlahan-lahan, budaya ini akan pupus, dan timbul pulalah yang dinamakan 'budaya barat' dimana seseorang berhak memberikan pendapat bila sahaja yang diuinginkan. hilang lah sopat santun dan hilang lah perasaan saling menghormati.
Apa yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini adalah dengan menerapkan budaya, yang juga nilai murnn, ini dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar dewasanya kelak terus mengaplikasikan budaya dan nilai tersebut dalam kehidupan seharian. selain itu, budaya ini harus juga diterapkan dalam diri remaja-remaja melayu. bagaimana? sasarannya tentulah perkara-perkara yang diminati remaja seperti pertandingan-pertandingan. contohnya, pertandingan bahas. Pertandingan bahas merupakan perkongsian atau perdebatan intelektual diantara dua kumpulan. seringkali kita melihat perbahasan dijalankan dengan diimplimentasikan sistem celahan. mungkin sistem ini harus digugurkan kerana, ianya akan membuat remaja-remaja berfikiran bahawa celahan merupakan budaya melayu dalam berkongsi atau berdebat mengenai sesuatu perkara. Seharusnya pertandingan-pertandingan seperti ini menjadi contoh dan pengajaran kepada remaja-remaja, bukan sahaja mengenai bahasa kita, tetapi juga budaya kita yang begitu kaya dan indah.
sekian buat masa ini
No comments:
Post a Comment