Salam Muhibbah,
Hari ini, sedang saya berehat di kantin sekolah bersama rakan-rakan saya, tiba-tiba, seorang rakan saya menceritakan pengalamannya ternampak seorang remaja melayu mengherdik wanita yang mengikut tekaannya, ibu remaja tersebut, di tengah jalan. Rakan saya, yang berbangsa India, tertanya-tanya adakah ianya merupakan perkara biasa di kalangan bangsa melayu untuk menggunakan bahasa yang kasar terlebih-lebih lagi kepada mereka yang lebih tua. Sedih saya apabila terdengar kata-katanya.
Bangsa melayu sememangnya satu bangsa yang amat kaya dengan budaya, dan salah satu budayanya adalah bersopan santun dan berbudi bahasa kepada yang lebih tua. Ianya merupakan satu budaya yang telah dipraktikkan sejak zaman dahulu lagi, namun dewasa ini, kita dapat lihat bahawa ianya sudah tidak lagi diikuti terlebih-lebih lagi di kalangan remaja melayu kini. Ini akan menimbulkan tanda tanya kepada bangsa lain, dan dengan ini, tentu sekali budaya melayu ini, yang begitu indah, akan hilang.
Mungkin perkara yang boleh dilakukan bagi menghalang perkara ini daripada terjadi adalah dengan menerapkan budaya ini kepada anak-anak sejak usia muda lagi. Setiap individu memainkan peranan yang sama dalam mengekalkan budaya ini. Apabila ianya berjaya diterapkan dalam diri setiap individu dan dipraktikkan,ianya bukan sahaja dapat mengekalkan budaya ini, malahan apabila bangsa lain melihat, ianya secara tidak langsung menyebarkan budaya ini kepada bangsa lain.
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
No comments:
Post a Comment