Salam sejahtera,
Hari ini, sepulangnya saya dari sekolah, saya dapati adik-adik saya sedang berkerumun di dalam bilik. Ingat kan apalah yang sedang hangat diperbincangkan. Rupanya, mereka sedang sibuk bermain batu seremban. Apa lagi, saya yang memang meminati permainan ini turut sama bermain, walaupun dalam keadaan letih. Namun begitu, setelah berjaya mendapat empat mata, adik saya tiba-tiba berkata: bosannya kak, permainan ini asik diulang-ulang. lebih menyeronokkan bermain komputer. Kata-katanya membuat saya terfikir. Adakah ini sebabnya mengapa remaja-remaja dan kanak-kanak kini tidak lagi menggemari dan meminati budaya melayu? kerana ianya dianggap membosankan? atau mungkin sudah tidak releven dengan zaman sekarang?
Budaya melayu begitu kaya dengan permainan, adat-adat, dan pelajaran-pelajaran yang boleh diterapkan dalam diri setiap individu, terutama sekali remaja-remaja. Namun begitu, sifatnya yang agak 'purba' mungkin menyebabkan ianya tidak lagi atau jarang digunakan dan dipelajari sehingga ada diantara adik-adik kita yang tidak tahu mengenai budaya melayu. bagaimanakah kita ingin mengembangkan budaya melayu sekiranya bangsa melayu sendiri tidak mengetahuinya? Perkembangan budaya melayu haruslah bermula dari bangsa melayu sendiri.
Untuk budaya melayu lebih diminati dan dipelajari dikalangan bangsa melayu kini, ianya haruslah releven dengan minat dan keinginan mereka. contohnya, permainan batu seremban masih boleh dikekalkan, tetapi mungkin boleh diadakan penambahan pada pergerakannya agar ianya menjadi lebih seronok dan mencabar bagi setiap individu hatta ianya terus kekal malahan dapat berkembang. bukan sahaja bagi permainan batu seremban, malah pelbagai permainan dan budaya-budaya melayu yang lain boleh juga ditambah pergerakan dan cabarannya agar lebih diminati, maka dengan iaitu, budaya melayu akan dapat dikekalkan, dan diperkembangkan.
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment