Friday, July 9, 2010

Salam Alaik,

Hari ini, saya telah selesai menduduki ujian lisan bahasa melayu peringkat A. Alhamdulillah, soalan yang diberikan dapat dijawab dengan baik. tajuk persoalan adalah 'pusat peranginan bersepadu meningkatkan ekonomi Singapura'.

Selesai sahaja ujian lisan, saya dan rakan saya dengan segera bergegas ke Bishan CC untuk mengikuti sebuah bengkel pengajaran Bahasa Melayu oleh Prof Madya Rohizani Yaakub. Dalam bengkel ini, Prof Madya telah mengajar teknik pengajaran bahasa melayu menggunakan gurindam 12. Walaupun lewat menghadiri bengkel tersebut dan hanya dapat mengikuti bengkel selama kurang dari sejam, ilmu yang saya raih dari bengkel ini begitu bermanfaat.Ianya mengetengahkan teknik penggunaan gurindam dalam pembelajaran bahasa melayu sebagai induksi bagi pelajaran tersebut.

Pada pendapat saya, ini merupakan teknik yang sangat baik dalam pembelajaran bahasa melayu, kerana bukan sahaja ianya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran bahasa melayu di dalam kelas, malah para pelajar juga dapat mempelajari salah satu budaya melayu, iaitu gurindam. Saya sendiri amat terpegun mendengar cara gurindam dinyanyikan.Begitu indah dan kata-katanya dipenuhi dengan nasihat yang boleh dijadikan panduan hidup. Dengan adanya pembelajaran bahasa melayu menggunakan gurindam, ini secara tidak langsung dapat meningkat pengetahuan serta minat para pelajar terhadap budaya melayu, sekaligus mengekalkan, melestarikan dan meluaskan budaya melayu dikalangan para pelajar.

Antara cara penggunaan gurindam dalam pembelajaran seperti yang telah diketengahkan dalam bengkel tersebut adalah menggunakannya untuk mengajar menulis karangan. Guru-guru boleh menggunakan gurindam untuk menerangkan mengenai tajuk karangan. Contohnya, guru-guru boleh mengarang gurindam yang menerangkan mengenai alam sekitar untuk memberi penerangan mengenai tajuk tersebut. ini membuat pelajar lebih menumpukan perhatian, apatah lagi jika guru itu dengan semangatnya menyanyikan gurindam tersebut kepada murid-murid, dengan suaranya yang 'merdu'. dengan ini, saya rasa amat sesuai lah jika taktik ini digunakan dalam pembelajaran bahasa melayu di dalam kelas bagi meningkatkan minat pelajar kepada budaya melayu, sekaligus mengekalkan, melestarikan dan meluaskan budaya melayu.

INI GURINDAM PASAL YANG KESEPULUH

Dengan bapa jangan derhaka
Supaya Allah tidak murka

Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan dapat selamat

Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik ke tengah balai

Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya jadi kapil

No comments:

Post a Comment