salamullah alaikum,
Untuk entri kali ini, saya ingin membincangkan mengenai pakaian melayu yang merupakan budaya yang telah hidup berabad lamanya dan masih kekal hidup pada masa kini.
Bulan Ramadhan yang telah lama dinanti-nantikan akan menjelang tidak lama lagi, dan selepas itu, tiba pula bulan Syawal, atau lebih dikenali dengan, HARI RAYA AIDHILFITRI. Sebelum hari raya, berpusu-pusu lah masyarakat melayu berhempet-hempet di pasar geylang mencari baju raya baharu untuk dikenakan pada pagi raya. ada yang membeli baju kurung, ada yang membeli jubah, siap dengan manik-manik dan renda-rendanya.
Mungkin sudah menjadi kebiasaan masyarakat melayu kini untuk mengenakan baju kurung, yang merupakan baju tradisional melayu, hanya untuk menyambut ketibaan hari Raya. selepas itu, terperuklah baju itu di dalam almari dan tidak digunakan lagi. Yang kita lihat kini, anak-anak muda kita lebih senang mengenakan pakaian mereka yang berbagai-bagai fesyen. Kalau mereka mengenakan baju kurung ketika kelaur bersama rakan-rakan, takut dikatakan kuno atau serupa 'makcik-makcik'.
Baju kurung dan jubah sebenarnya merupakan pakaian yang sangat indah terlebih-lebih lagi untuk gadis-gadis, kerana bukan sahaja ianya menutup aurat dan menjaga keselamatan dan maruah seseorang, malahan juga menghadkan perilaku seseorang sehinggakan berkelihatan sopan dipandangan orang.
sayangnya, ini bukanlah pandangan remaja kini. pada pandangan mereka, mereka harus tampak bergaya dengan baju-baju pelbagai fesyen yang 'mengikut masa'.
sekiranya kita dapat menggalakkan remaja-remaja untuk berpakaian melayu tradisional, bukan sahaja kita dapat memelihara keselamatan, maruah dan tingkah laku remaja kini, malahan kita dapat juga mengekalkan dan mengembangkan budaya melayu kita.
sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment