Saturday, July 24, 2010

Salam,

Hari ini, saya telah menghadiri majlis Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB). Walaupun tiba agak lewat, namun saya masih sempat melihat acara diadakan, dan anugerah dibahagi-bahagikan. Ianya sesuatu yang amat menyeronokkan. Beberapa guru-guru bahasa melayu telah dberikan anugerah kerana berjaya menjadi guru tauladan dan guru motivasi. Ini amat baik kerana perkara seperti iniakan meningkatkan lagi prestasi guru-guru melayu di Singapura.

Dalam majlis ini, sebuah kumpulan dari Institusi Millennia (MI) telah mempersembahkan sebuah sajak mengikut rentak tersendiri. ianya amat mengagumkan kerana mereka bukan sahaja mendeklimasikan sajak tetapi juga siap dengan nyanyian dan tarian. Ini merupakan satu cara yang amat baik dalam mempersembahkan budaya melayu, kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan minat remaja kepada budaya melayu, malahan ianya juga meningkatkan minat para penonton untuk terus teruja dengan persembahan tersebut.

Selain itu, AGAB telah memberikan saya sebuah idea bagi meningkatkan keinginan remaja melayu untuk mempelajari dan mengikuti budaya melayu agar budaya kite dapat dikekalkan, dilestarikan dan digunakan selalu. adalah sewajarnya jika kita boleh mengadakan Anugerah Kumpulan Budaya berkesan. Anugerah ini adalah bagi kumpulan-kumpulan pemuda-pemudi melayu yang terlibat dalam mengekalkan,= dan melestarikan budaya melayu di Singapura. dengan adanya anugerah seperti ini, ini dapat merangsang lagi minat remaja kepada budaya melayu.

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment