Saturday, July 3, 2010


YANG BEGINI?


ATAU BEGINI?


Salam Muhibbah,
Hari ini, saya telah menghadiri sebuah bengkel penulisan cerpen di perpustakaan Bedok yang telah disampaikan oleh Cikgu Rosli Sidik. Beliau merupakan seorang guru dan penulis yang telah banyak menyumbang kepada penulisan-penulisan kreatif. Beliau telah mengajar kami taktik menulis cerpen dengan baik, dengan cara beliau yang begitu bersahaja dan tidak membosankan.

Sayang sekali, bengkel ilmu yang begitu baik dan berfaedah itu hanya dipenuhi oleh empat orang, termasuk saya. Jelas sekali terpancar kehampaan di wajah Cikgu Rosli tatkala melihat jumlah hadirin. Namun begitu, semangat beliau tidak pudar dan beliau terus mebgajar kami mengenai cara penulisan cerpen.

Persoalaannya, mengapakah majlis ilmu yang begitu berfaedah tidak dihadiri oleh masyarakat?

Antara kemungkinannya adalah kerana bengkel ini tidak diiklankan dengan begitu baik hatta tidak ramai yang mengetahui akan keberadaannya. Ada juga saya tanya rakan saya mengapa tidak diikuti bengkel ini. Lalu jawapannya : bengkel cerpen? saya tidak tahu.

Ini boleh diimplimentasikan bagi isu pelestarian budaya melayu dikalangan masyarakat. Apalah gunanya diadakan pelbagai aktiviti-aktiviti budaya tetapi sambutannya begitu hambar. usaha-usaha ini harus diikuti pula dengan pengiklanan yang secukupnya bagi memasatikan tiada ruang kosong bagi aktiviti-aktiviti ini.

Antara cara pengiklanan yang lebih berkesan adalah dengan menjemput sekolah-sekolah untuk menghantar pelajar-pelajar mereka dan mengiklankan aktiviti tersebut melalui media massa bagi pengetahuan warga umum. Pengiklanan juga haruslah dilakukan dengan gaya yang menarik dan relevan dengan keinginan masyarakat.Ini membolehkan masyarakat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program yang disediakan dan dengan itu, aktiviti- aktiviti yang dijalankan akan mendapat sambutan yang lebih hangat, inshaAllah.

Sekian dahulu. Wassalam.

No comments:

Post a Comment