Thursday, July 29, 2010

Kerana engkau seorang
wanita

Kerana engkau seorang wanita,
Maka harga dirimu harus kau jaga,
Tutur kata bijak bicara,
Akhlaq yang indah, peribadi yang mulia,
Harus terlaksana

Kerana engkau seorang wanita,
Auratmu, kau tutuplah,
Agar fitnah tidak disebar,
Agar maksiat dapat dicegah,
Agar engkau, terselamat jua.

Kerana engkau seorang wanita,
Maka pergaulan mu ada batasnya,
Yang muhrim bersama, yang tidak elakkanlah,
Agar tehindar fitnah,
Terpelihara dari dosa.

Kerana engkau seorang wanita,
Maka taatlah kepada ibu dan ayah,
Janganlah engkau menjadi durhaka,
Agar syurga, engkau genggam,
Sebagai jaminan yang indah.

Kerana engkau seorang wanita,
Jika telah mendirikan rumah tangga,
Maka kepada sang suami engkau taati,
Hartanya kau jaga, marwahnya kau belai,
Agar disisinya, jaminan syurga hakiki.

Kerana engkau seorang wanita,
Jadilah wanita pembawa sejahtera di muka bumi

budaya melayu boleh dilestarikan sekiranya ianya kekal relevan, menjadi bahan ilmu dan pengajaran, dan menyeronokkan.

akhir kata, bahasa kita, gunakanlah

No comments:

Post a Comment