Thursday, July 1, 2010
Bahasa? atau budaya?
SalaamullahAlaikum..
Bulan Bahasa telah pun dimulakan. Acara pembukaan yang begitu meriah disemarakkan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu undangan yang tidak asing, seperti Taufik Batisah. Bulan Bahasa merupakan satu bulan dimana pelbagai aktiviti diadakan bagi meningkatkan penggunaan bahasa melayu di kalangan masyarakat. Ianya diadakan sebulan setiap dua tahun. kali ini, bulan bahasa telah dimeriahkan lagi dengan pemilihan pelajar-pelajar sebagai duta bahasa.
Namun begitu, persoalannya, bagaimana pula dengan budaya kita? memang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa melayu merupakan komponen utama dalam terus mengekalkan budaya melayu, dan tanpanya, budaya melayu akan hilang. Namun kini, jika kita bertanya kepada remaja-remaja melayu mengenai budaya melayu, jawapannya tentu sama : saya tidak pasti. Mengapakah ini berlaku? Tinjauan yang telah dibuat menunjukkan bahawa aspek bahasa terlalu ditekankan dalam pembelajaran dan aktiviti-aktiviti yang diadakan bagi melestarikan melayu, namun aspek kebuadayaan pula seakan-akan diabaikan. Bangsa melayu merupakan bangsa yang kaya dengan budaya, daripada kelahiran anak, permainan, pernikahan, dan sebagainya. Budaya melayu harus diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil agar ianya tidak hilang ditelan zaman.
Cara-cara yang dapat diaplikasikan bagi mengekalkan, mengembangkan dan mempertingkatkan budaya melayu antaranya adalah dengan menekankan mengenai budaya melayu di dalam kelas bahasa melayu agar, bukan sahaja pembelajaran bahasa melayu dapat menjadi lebih menyeronokkan, malahan, di samping pelajar-pelajar dapat menimba ilmu bahasa, pelajar juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam dan mencintai budaya melayu. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan congkak atau batu seremban, soal-jawab mengenai budaya melayu dan menziarahi tempat-tempat bersejarah. ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai budaya melayu, sekaligus mmengekalkan budaya tersebut dari hilang dimamah zaman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment